Tuesday, August 10, 2010

ketibaan yang dinantikan

Hadith yang diriwayat oleh ‘Ubaadah ibn as-Saamit, Rasulullah (SAW) berkata: “Ramadan sudah tiba, bulan barakah,Allah menyelubungi kita dengan RahmahNya, Dia memadamkan dosa-dosa,Dia memerhatikan kita berlumba untukkebaikan, Dia bermegah mengenai kita kepada malaikatNya. Oleh itu, tunjukkan kepada Allah yang terbaik, sesungguhnya yang bermuram adalah yang dihalang dari mendapat rahmah Allah.” (HR Tabrani- Saheeh)

شَہۡرُ رَمَضَانَ ٱلَّذِىٓ أُنزِلَ فِيهِ ٱلۡقُرۡءَانُ هُدً۬ى لِّلنَّاسِ وَبَيِّنَـٰتٍ۬ مِّنَ ٱلۡهُدَىٰ وَٱلۡفُرۡقَانِ‌ۚ

“(Masa yang diwajibkan kamu berpuasa itu ialah) bulan Ramadhan yang padanya diturunkan Al-Quran, menjadi petunjuk bagi sekalian manusia dan menjadi keterangan-keterangan yang menjelaskan petunjuk dan (menjelaskan) perbezaan antara yang benar dengan yang salah….” Al-Baqarah 2:185.

Puasa di bulan Ramadhan merupakan rukun Islam ketiga yang diwajibkan ke atas semua umat Islam yang baligh (dewasa) dan aqil (berakal). Ibadah berpuasa diwajibkan kepada umat Nabi Muhammad s.a.w. pada tahun kedua Hijrah.

sedarkah kita bahawa seluruh alam menantikan bulan yang mulia penuh rahmat dan berkat yakni bulan ramadhan yang penuh dengan kelebihan, antaranya ialah:

  • Pintu-pintu langit dibuka sepanjang bulan Ramadhan sebagaimana dinyatakan di dalam sepotong Hadis yang bermaksud: “Apabila tiba malam pertama Ramadhan, dibuka semua pintu langit, tidak akan ditutup satupun daripadanya sehinggalah ke malam terakhir Ramadhan” Riwayat al-Munziri daripada Abi Sa’eid al-Khudri di dalam ‘at-Targhib wa at-Tarhib’.
  • Dibuka pintu-pintu syurga, ditutup pintu-pintu neraka, dipasung syaitan-syaitan. (Maksud Hadis riwayat Muslim daripada Abu Hurairah r.a.)
  • Setiap malam penghuni langit menyeru penghuni bumi sehingga tersembul fajar: “Wahai pencari kebaikan, mara dan bergembiralah! Wahai pencari kejahatan, undur dan berhentilah! Siapakah yang ingin memohon ampun, lalu dia diampun? Siapakah yang ingin bertaubat, lalu dosanya dihapuskan? Siapakah yang ingin meminta, lalu permintaannya ditunaikan?” (Maksud Hadis riwayat al-Munziri daripada Abdullah bin Mas’ud r.a.
  • Bau mulut orang berpuasa juga amat disukai oleh Allah sebagaimana terdapat hadis
    nabi yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah ra. Rasulullah SAW bersabda “Umatku telah
    dikurniakan dengan lima perkara yang istimewa yang belum pernah diberikan
    kepada sesiapa pun sebelum mereka. Bau mulut daripada seorang Islam yang berpuasa
    adalah terlebih harum di sisi Allah daripada bau haruman kasturi. Ikan-ikan di lautan memohon istighfar (keampunan) ke atas mereka sehinggalah mereka berbuka puasa”.
Malah bnyak lagi kelebihan berpuasa dalam bulan ramadhan. Sehingga mereka yang mengetahui dan menghargai anugerah yang agung ini pastinya ternanti-nanti penuh rindu dan mengharap agar dipertemukan dengan Ramadhan dan berazam untuk meraih sebanyak-banyaknya kebaikan dan kelebihan yang dijanjikan.

Adakah kita telah bersedia untuk menghadapi dan merebut segala nikmat yang terdapat dalam bulan ini? apa persediaan yang peru kita lakukan?
  • kita perlu memahami dan meyakini peluang yang sangat besar serta tawaran yang cukup hebat ini serta rasai dan syukuri betapa bertuahnya diberi peluang menyambut Ramadhan sekali lagi, peluang yang mungkin terakhir. Maka tanamkan azam seutuhnya di dalam diri untuk mengisi Ramadhan dengan segala kebaikan yang termampu.
  • Sesiapa yang berpuasa Ramadhan dalam keadaan dia mengetahui batasan-batasannya dan memelihara diri daripada melakukan perkara yang tidak sepatutnya dilakukan, akan dihapuskan daripadanya dosanya yang lalu” Riwayat Ibn Hibban dan al-Baihaqiy daripada Abi Sa’eid al-Khudriy r.a.
  • Siapkan senarai amalan yang hendak dibuat dengan kefahaman setiap kebaikan diberi pahala berlipat kali ganda. Nabi s.a.w. bersabda maksudnya: “Sesiapa yang mendekatkan diri kepada Allah dengan satu kebaikan (yang sunat), baginya pahala seperti melakukan yang wajib pada bulan selainnya. Sesiapa yang menunaikan satu amalan yang wajib, baginya pahala seperti menunaikan 70 amalan yang wajib pada bulan selainnya. Ramadhan adalah bulan ditambahkan rezeki orang yang beriman”. Riwayat al-Munziri
  • Ingat memperingati dan berlumba-lumba mengejar kebaikan selari dengan gesaan Rasulullah s.a.w. di dalam Hadis yang bermaksud: “Telah datang kepada kamu Ramadhan, bulan barakah yang dicurahkan Allah ke atas kamu. Dia menurunkan rahmah, menghapuskan dosa dan memaqbulkan doa. Allah melihat kepada kamu yang berlumba -lumba (melakukan kebaikan) di bulan Ramadhan dan Dia berbangga di hapadan malaikat-Nya. Maka perlihatkanlah kepada Allah dirimu yang baik. Sesungguhnya orang yang celaka itu ialah orang yang dihalang daripada mendapat rahmah-Nya di bulan Ramadhan”. Riwayat al-Munziri daripada Ubadah bin as-Samit.
  • Mohon doa sebanyak-banyak di waktu yang dijanjikan mustajab pada setiap hari bulan Ramadhan, iaitu ketika berbuka. “Tiga golongan yang tidak ditolak doa mereka, orang yang berpuasa ketika ia berbuka, imam (pemimpin) yang adil dan orang yang dizalimi” Maksud Hadis riwayat Ahmad daripada Abu Hurairah r.a.
  • Jagalah anggota, khususnya mata, telinga dan lidah dari melakukan perkara yang haram. Nabi s.a.w. bersabda maksudnya: “Puasa itu perisai. Maka janganlah kamu mencarut dan jangan berkelakuan bodoh. Jika seseorang memerangimu atau mencacimu, maka katakanlah kepadanya ‘sesungguhnya aku berpuasa’ sebanyak dua kali. Demi Tuhan yang jiwaku di dalam tangan-Nya, bau mulut orang yang berpuasa lebih harum di sisi Allah Ta’ala daripada wanginya kasturi. Allah berfirman: dia telah meninggalkan makanan, minuman dan nafsu syahwahnya kerana-Ku. Puasa adalah untuk-Ku dan Akulah yang akan member ganjarannya. Dan setiap satu kebaikan itu sepuluh kali ganda seumpama dengannya” (Maksud Hadis riwayat al-Bukhari daripada Abu Hurairah r.a.)
Jadi....?marilah sama-sama kita berdoa agar diri kita termasuk dalam golongan mereka yang menghargai anugerah yang hebat ini serta berjaya memperoleh syurga yang dijanjikan untuk hamba-Nya yang berpuasa.

Tuesday, October 13, 2009

4 isteri

Suatu ketika, ada seorang pedagang kaya yang mempunyai 4 isteri. Dia mencintai isteri ke-4 dan menganugerahinya harta dan kesenangan, sebab ia yang tercantik di antara semua isterinya.

Lelaki ini juga mencintai isterinya yang ke-3. Ia sangat bangga dengan si isteri dan selalu berusaha untuk memperkenalkan wanita cantik ini kepada semua teman-temannya. Namun ia juga selalu khuatir kalau-kalau isterinya ini lari dengan lelaki lain. Begitu juga dengan isteri ke-2. Si pedagang sangat menyukainya kerana ia isteri yang sabar dan penuh pengertian.

Apabila si pedagang mendapat masalah, ia selalu meminta pendapat dan pertolongan isteri ke-2-nya yang selalu menolong dan mendampinginya saat-saat menghadapi masalah.

Sama halnya dengan isteri pertama. Ia adalah pasangan yang sangat setia dan selalu membawa kebaikan bagi kehidupan keluarganya. Wanita ini yang merawat dan mengatur semua kekayaan dan perniagaan sang suami.

Akan tetapi, si pedagang kurang mencintainya meskipun si isteri pertama ini begitu sayang kepadanya. Suatu hari si pedagang sakit dan menyedari bahawa ia akan pergi buat selamanya. Ia mengenangkan semua kehidupan indahnya dan berkata dalam hati, "Ketika ini aku mempunyai 4 isteri. Namun apabila aku pergi nanti, aku akan sendiri. Betapa menyedihkan. "

ISTERI KE-4: NO WAY

Lalu si pedagang itu memanggil semua isterinya dan bertanya kepada isteri ke-4-nya. "Engkaulah yang paling kucintai, kuberikan kau pakaian dan perhiasan indah. Nah, sekarang aku akan mati. Mahukah kamu mendampingi dan menemaniku nanti?" Ia terdiam…dan berkata,"tentu saja tidak!!" Jawab isteri ke-4 dan pergi begitu saja tanpa berkata apa2 lagi. Jawapan ini sangat menyakitkan hati si pedagang. Seakan-akan ada pisau terhunus dan menghiris-hiris hatinya.

ISTERI KE-3: MENIKAH LAGI

Si pedagang itu merasa sedih lalu bertanya pada isteri ke-3. "Aku pun
mencintaimu sepenuh hatiku dan saat ini hidupku akan berakhir. Mahukah engkau mengikutiku dan menemani hingga akhir hayatku?" Isterinya menjawab, "hidup
begitu indah di sini, aku akan menikah lagi jika kau mati". Bagai disambar petir di siang hari, si pedagang sangat terpukul dengan jawapan isteri ke-3 nya. Badannya terasa semakin sakit.

ISTERI KE-2: SAMPAI LIANG KUBUR

Kemudian ia memanggil isterinya yang ke-2. "Aku selalu berpaling kepadamu setiap kali aku mendapat masalah dan kau selalu membantuku sepenuh hati. Kini aku memerlukan sekali lagi bantuanmu. Kalau aku mati, mahukah engkau mendampingiku? " Jawab isteri ke-2 nya, "Maafkan aku, kali ini aku tak dapat menolongmu. Aku hanya dapat menghantarmu hingga ke liang kubur. Nanti akan kubuatkan makam yang indah untukmu." Si suami bagaikan disepak terajang. Hancur luluh hatinya.

ISTERI KE-1: SETIA BERSAMA SUAMI

Si pedagang ini merasa putus asa. Dalam keadaan kecewa itu, tiba-tiba terdengar suara, "Aku akan tinggal bersamamu dan menemanimu kemana-mana pun kau pergi. Aku tak akan meninggalkanmu, aku akan setia bersamamu. Lelaki itu lalu menoleh ke samping, dan mendapati isteri pertamanya di sana. Ia tampak begitu kurus. Badannya seperti orang kelaparan. Merasa menyesal, si pedagang lalu berkata, "Kalau lah aku
boleh merawatmu dengan baik disaat aku mampu, takkan kubiarkan engkau kurus seperti ini, isteriku."

HIDUP KITA DIWARNAI 4 ISTERI

Sesungguhnya, kita mempunyai 4 isteri dalam hidup ini. Isteri ke-4 adalah TUBUH BADAN kita. Seberapa banyak manapun waktu dan perhiasan yang kita keluarkan untuk tubuh kita supaya tampak indah dan gagah, namun semua ini akan hilang dalam suatu batas waktu dan ruang. Tak ada keindahan dan kegagahan yang tersisa saat kita menghadap kepada-Nya.

Isteri ke-3, STATUS SOSIAL DAN KEKAYAAN. Saat kita meninggal dunia, semuanya akan pergi kepada yang lain. Mereka akan berpindah dan melupakan kita yang pernah memilikinya. Sebesar apapun kedudukan kita dalam masyarakat dan sebanyak apapun harta kita, semua itu akan berpindah tangan dalam waktu seketika saja ketika kita tiada.

Sedangkan isteri ke-2, iaitu KAUM KERABAT DAN TEMAN. Seberapa dekat pun
hubungan kita dengan mereka, kita tak akan dapat terus bersama mereka. Hanya sampai liang kuburlah mereka menemani kita. Dan sesungguhnya isteri pertama kita adalah JIWA DAN AMAL KITA. Sebenarnya hanya jiwa dan amal kita sajalah yang mampu untuk terus setia mendampingi kemana pun kita melangkah. Hanya amal lah yang mampu menolong kita di akhirat kelak.

Jadi, selagi mampu dan mempunyai waktu, perlakukanlah jiwa kita dengan bijak serta jangan pernah malu untuk berbuat amal, memberikan pertolongan kepada sesama insan yang memerlukan. Betapa kecil pun bantuan kita, pemberian kita menjadi sangat bererti bagi mereka yang memerlukannya.

So, berhati-hati lah dalam anda memberikan layanan kepada keempat-empat isteri anda dan jangan lupa utamakan isteri pertama anda..

Wednesday, October 7, 2009

mencari....

Kadang- kadang perjuangan adalah
Sesuatu yang kita perlukan dalam hidup kita
Jika tuhan membiarkan kita hidup
Tanpa ranjau dan perjuangan
Kita mungkin akan jadi lemah dan tak tahan ujian
Kita mungkin tidak kuat untuk
Menghadapi rintangan bagi mencapai
Cita- cita dan harapan yang kita idamkan

Kita mungkin tidak akan pernah dapat `terbang' jauh.
Sesungguhnya Tuhan itu Maha Pengasih dan Maha Penyayang.

Kita memohan kekuatan dan keteguhan hati…
Dan Tuhan memberi kita dugaan dan ujian
Untuk membuat kita cekal dan kuat

Kita memohon kebijaksanaan…
Dan Tuhan memberi kita pelbagai persoalan hidup
Untuk diselesaikan agar kita bertambah bijaksana dan matang.

Kita memohon kemakmuran…
Dan Tuhan memberi kita akal dan tenaga
Untuk dipergunakan sepenuhnya bagi
Mencapai kemakmuran.

Kita memohon cinta…
Dan Tuhan memberi kita orang- orang bermasalah
Untuk diselamatkan dan dicintai.

Kita memohon kemurahan rezeki dan kebaikan hati…
Dan Tuhan memberi kita kesempatan – kesempatan yang silih berganti.

Begitulah cara Tuhan membimbing kita…
Adakah jika kita tidak memperoleh apa yang kita idamkan,
Bererti bahawa kita tidak mendapat segala yang kita inginkan?

Kadang- kadang Tuhan tidak memberi apa yang kita minta,
Tapi dengan pasti Tuham memberikan yang terbaik untuk kita,
Kebanyakan kita tidak dapat melihat hikmah disebaliknya,
Bahkan tidak mahu menerima rencana Tuhan,
Padahal itulah yang terbaik untuk kita.

Thursday, May 14, 2009

dalam renungan 'pokok kelapa'

bismillahirahmanirahim............

Masa sekolah rendah dulu teringat lagi, kene buat karangan pasal pokok kelapa.....
kene buat pasal kegunaan pokok kelapa.........
Allah ciptakan pokok kelapa dengan pelbagai kegunaan dari pelepahnya hingga ke akarnya....
mase dulu fikir yg pokok kelapa ni mmg banyk memberi manafaat kepada manusia
daripada daunnya boleh dibuat sarung ketupat...
lidinya boleh dibuat penyapu.....
buahnya.... subahnallah........ sedapnye.....
airnya bleh menjadi penawar dan penghilang kehausan....
santannya pelengkap masakan.....
batangnya boleh dibuat jambatan (walaupun skang da gune jambatan batu tp masih bermanafaat)
sabutnya boleh dibuat berus.......
tempurungnya bleh main tapak gajah (x penah main pun pemainan ni dgr org cakap je)
tapi sedarkah kita yang pokok kelapa sebenarnya bleh memberi kita tazkirah(khususnya diri saya).........


ye ke ape penjelasannye.......?

Cuba kita lihat dan fikirkan.... buahnya boleh luruh tanpa mengira muda atau tua.....
terfikirkah kita yang bahawasanya kejadian ini boleh menjadi reminder kepada kita yang kematian terlalu hampir dgn kita, bila2 masa saja & di mana berada sekalipun. Tua atau muda Allah berhak untuk menjemput kita. Bersedia kah kita sekiranya Allah memanggil kita dalam keadaan yang penuh dgn dosa2 yang belum dikikis. nauzubillah.......

Kita lihat pokok kelapa juga mempunyai pelepah yang kering dan mati akan digugurkan... disini kita perlu membuang semua faktor2 yang boleh menyebabkan hati kita mati daripada mengingati dan mencintai Allah dan RasulNya..
(ya Allah tunjukanlah kami jalan yang lurus dan jalan yg diredhaiMU)

Bila terlihat pada putik bunga kelapa yang jatuh berguguran, sedarkah kita yang kita tiada masa nak banyak berketawa dgn perkara2 yang kita sendiri sedar perkara tersebut x membawa faedah langsung....... tidak takutkah kita ketika Allah memrintahkan malaikat utk mencabut nyawa, kita tiada masa nak mengucap dan mengingatiNya. sedarkah kita jika kita banyak ketawa hati mudah mati, lalai dan alpa....
(ya Allah jaukanlah kami dari penyakit hati ini).....

segala yang tertulis ini adalah dikhususkan kepada diri saya untuk sentiasa mengingati Allah dan terus-menerus mencintaiNya tanpa rasa ragu2.... semoga ia juga dapat memberi sedikit peringatan kepada saudara/i pembaca......

Wednesday, March 25, 2009

final....

hari ni... dah hujung bulan mac........
tanpa disedari, final exam dah dekat....
eh.... biar betul aku rase baru je masuk sem 2 ni........ skarang dah nak final......
cepatnye masa berlalu..... sehingga aku tak sedar akan perjalanan masa yang tidak pernah menunggu manusia........
mungkin aku terlalu sibuk kot.......
atau adakah aku manusia yang telah digambarkan yang sentiasa dalam kerugian....
kalau nak di muhasabah diri sepanjang sem 2 ni..... adakah kesibukan yang aku lalui itu menjadikan Allah sebagai tuhan aku atau menjadikan dunia sebagai tuhan aku.....
bile aku buat robot, buat program, dan macam-macam lagi dapat ke menambah keimanan kepada Allah......? lu pikir la sendiri......
teringat pulak aku dengan surah al-'Asr:
demi masa, sesungguhnya manusia berada dalam kerugian, kecuali mereka yang berima dan mengerjakan kebajikan serta saling menasihati untuk kebenaran dan saling menasihati untuk kesabaran. (al-'asr 103:1-3)

so skarang study exam dah dekat........