Thursday, May 14, 2009

dalam renungan 'pokok kelapa'

bismillahirahmanirahim............

Masa sekolah rendah dulu teringat lagi, kene buat karangan pasal pokok kelapa.....
kene buat pasal kegunaan pokok kelapa.........
Allah ciptakan pokok kelapa dengan pelbagai kegunaan dari pelepahnya hingga ke akarnya....
mase dulu fikir yg pokok kelapa ni mmg banyk memberi manafaat kepada manusia
daripada daunnya boleh dibuat sarung ketupat...
lidinya boleh dibuat penyapu.....
buahnya.... subahnallah........ sedapnye.....
airnya bleh menjadi penawar dan penghilang kehausan....
santannya pelengkap masakan.....
batangnya boleh dibuat jambatan (walaupun skang da gune jambatan batu tp masih bermanafaat)
sabutnya boleh dibuat berus.......
tempurungnya bleh main tapak gajah (x penah main pun pemainan ni dgr org cakap je)
tapi sedarkah kita yang pokok kelapa sebenarnya bleh memberi kita tazkirah(khususnya diri saya).........


ye ke ape penjelasannye.......?

Cuba kita lihat dan fikirkan.... buahnya boleh luruh tanpa mengira muda atau tua.....
terfikirkah kita yang bahawasanya kejadian ini boleh menjadi reminder kepada kita yang kematian terlalu hampir dgn kita, bila2 masa saja & di mana berada sekalipun. Tua atau muda Allah berhak untuk menjemput kita. Bersedia kah kita sekiranya Allah memanggil kita dalam keadaan yang penuh dgn dosa2 yang belum dikikis. nauzubillah.......

Kita lihat pokok kelapa juga mempunyai pelepah yang kering dan mati akan digugurkan... disini kita perlu membuang semua faktor2 yang boleh menyebabkan hati kita mati daripada mengingati dan mencintai Allah dan RasulNya..
(ya Allah tunjukanlah kami jalan yang lurus dan jalan yg diredhaiMU)

Bila terlihat pada putik bunga kelapa yang jatuh berguguran, sedarkah kita yang kita tiada masa nak banyak berketawa dgn perkara2 yang kita sendiri sedar perkara tersebut x membawa faedah langsung....... tidak takutkah kita ketika Allah memrintahkan malaikat utk mencabut nyawa, kita tiada masa nak mengucap dan mengingatiNya. sedarkah kita jika kita banyak ketawa hati mudah mati, lalai dan alpa....
(ya Allah jaukanlah kami dari penyakit hati ini).....

segala yang tertulis ini adalah dikhususkan kepada diri saya untuk sentiasa mengingati Allah dan terus-menerus mencintaiNya tanpa rasa ragu2.... semoga ia juga dapat memberi sedikit peringatan kepada saudara/i pembaca......