Thursday, May 14, 2009

dalam renungan 'pokok kelapa'

bismillahirahmanirahim............

Masa sekolah rendah dulu teringat lagi, kene buat karangan pasal pokok kelapa.....
kene buat pasal kegunaan pokok kelapa.........
Allah ciptakan pokok kelapa dengan pelbagai kegunaan dari pelepahnya hingga ke akarnya....
mase dulu fikir yg pokok kelapa ni mmg banyk memberi manafaat kepada manusia
daripada daunnya boleh dibuat sarung ketupat...
lidinya boleh dibuat penyapu.....
buahnya.... subahnallah........ sedapnye.....
airnya bleh menjadi penawar dan penghilang kehausan....
santannya pelengkap masakan.....
batangnya boleh dibuat jambatan (walaupun skang da gune jambatan batu tp masih bermanafaat)
sabutnya boleh dibuat berus.......
tempurungnya bleh main tapak gajah (x penah main pun pemainan ni dgr org cakap je)
tapi sedarkah kita yang pokok kelapa sebenarnya bleh memberi kita tazkirah(khususnya diri saya).........


ye ke ape penjelasannye.......?

Cuba kita lihat dan fikirkan.... buahnya boleh luruh tanpa mengira muda atau tua.....
terfikirkah kita yang bahawasanya kejadian ini boleh menjadi reminder kepada kita yang kematian terlalu hampir dgn kita, bila2 masa saja & di mana berada sekalipun. Tua atau muda Allah berhak untuk menjemput kita. Bersedia kah kita sekiranya Allah memanggil kita dalam keadaan yang penuh dgn dosa2 yang belum dikikis. nauzubillah.......

Kita lihat pokok kelapa juga mempunyai pelepah yang kering dan mati akan digugurkan... disini kita perlu membuang semua faktor2 yang boleh menyebabkan hati kita mati daripada mengingati dan mencintai Allah dan RasulNya..
(ya Allah tunjukanlah kami jalan yang lurus dan jalan yg diredhaiMU)

Bila terlihat pada putik bunga kelapa yang jatuh berguguran, sedarkah kita yang kita tiada masa nak banyak berketawa dgn perkara2 yang kita sendiri sedar perkara tersebut x membawa faedah langsung....... tidak takutkah kita ketika Allah memrintahkan malaikat utk mencabut nyawa, kita tiada masa nak mengucap dan mengingatiNya. sedarkah kita jika kita banyak ketawa hati mudah mati, lalai dan alpa....
(ya Allah jaukanlah kami dari penyakit hati ini).....

segala yang tertulis ini adalah dikhususkan kepada diri saya untuk sentiasa mengingati Allah dan terus-menerus mencintaiNya tanpa rasa ragu2.... semoga ia juga dapat memberi sedikit peringatan kepada saudara/i pembaca......

6 comments:

SangPelangi said...

Aku teringat kata-kata seorang pejuang dakwah Indonesia, Allahyarham Ustad Rachmat yang mengumpamakan seorang pejuang dakwah itu harus bersiap-siap seperti sebiji kelapa tua. Bila kelapa itu gugur ke bumi, menghentam penuh sakit. Harus disiat kulitnya, diperah santannya untuk diambil sarinya. Lalu dapatlah akhirnya kemanisan berjuang.

Subhanallah alam ciptaan Tuhan. Penuh dengan renungan.

Salam persahabatan dari SangPelangi. Bolehkah kita bersahabat?

afiqghafar said...

afiqgahfar to SangPelangi.....

terima kasih SangPelangi atas commentnya...... sesungguhnya ciptaan Tuhan mmg penuh dgn renungan... lihat sahaja pada diri kita yg diciptakan.....

sudah tentu boleh.... saya amat mengharapkan kita dapat menjalin persahabatan.....

Farid Rashidi said...

Salam sejahtera,

Pokok kelapa juga jika dilihat dari sudut perubatan ianya dapat menjadi penawar kepada kepanasan. Buktinya, jika seseorang kepanasan akibat memakan durian dan ubat secara serentak ia boleh mendatangkan maut. Nah, Allah berikan kelebihan itu buat si kelapa muda. Minumlah airnya yang segar itu, pastikan jangan lupa membaca bismillah dan selawat diawalnya.

Salam ukhuwah, bolehkah kita bersambung link selalu?

Farid Rashidi said...

Maaf, Rashidi itu ayah saya. Farid itu anaknya :) syukran ya. Ada kelapangan silalah berikan pandangan.

afiqghafar said...

to farid...

maaf ya atas kesilapan tersebut...

Unknown said...

餐飲設備 製冰機 洗碗機 咖啡機 冷凍冷藏冰箱 蒸烤箱 關島婚禮 巴里島機票 花蓮民宿 彈簧床 床墊 獨立筒床墊 乳膠床墊 床墊工廠 產後護理之家 月子中心 坐月子中心 坐月子 月子餐 銀行貸款 信用貸款 個人信貸 房屋貸款 房屋轉增貸 房貸二胎 房屋二胎 銀行二胎 土地貸款 農地貸款 情趣用品 情趣用品 腳臭 水晶 長灘島 長灘島旅遊 長灘島景點 長灘島機加酒 長灘島必買 SD記憶卡 隨身碟 SD記憶卡 ssd固態硬碟 外接式硬碟 記憶體 婚禮顧問 婚禮顧問