Tuesday, October 13, 2009

4 isteri

Suatu ketika, ada seorang pedagang kaya yang mempunyai 4 isteri. Dia mencintai isteri ke-4 dan menganugerahinya harta dan kesenangan, sebab ia yang tercantik di antara semua isterinya.

Lelaki ini juga mencintai isterinya yang ke-3. Ia sangat bangga dengan si isteri dan selalu berusaha untuk memperkenalkan wanita cantik ini kepada semua teman-temannya. Namun ia juga selalu khuatir kalau-kalau isterinya ini lari dengan lelaki lain. Begitu juga dengan isteri ke-2. Si pedagang sangat menyukainya kerana ia isteri yang sabar dan penuh pengertian.

Apabila si pedagang mendapat masalah, ia selalu meminta pendapat dan pertolongan isteri ke-2-nya yang selalu menolong dan mendampinginya saat-saat menghadapi masalah.

Sama halnya dengan isteri pertama. Ia adalah pasangan yang sangat setia dan selalu membawa kebaikan bagi kehidupan keluarganya. Wanita ini yang merawat dan mengatur semua kekayaan dan perniagaan sang suami.

Akan tetapi, si pedagang kurang mencintainya meskipun si isteri pertama ini begitu sayang kepadanya. Suatu hari si pedagang sakit dan menyedari bahawa ia akan pergi buat selamanya. Ia mengenangkan semua kehidupan indahnya dan berkata dalam hati, "Ketika ini aku mempunyai 4 isteri. Namun apabila aku pergi nanti, aku akan sendiri. Betapa menyedihkan. "

ISTERI KE-4: NO WAY

Lalu si pedagang itu memanggil semua isterinya dan bertanya kepada isteri ke-4-nya. "Engkaulah yang paling kucintai, kuberikan kau pakaian dan perhiasan indah. Nah, sekarang aku akan mati. Mahukah kamu mendampingi dan menemaniku nanti?" Ia terdiam…dan berkata,"tentu saja tidak!!" Jawab isteri ke-4 dan pergi begitu saja tanpa berkata apa2 lagi. Jawapan ini sangat menyakitkan hati si pedagang. Seakan-akan ada pisau terhunus dan menghiris-hiris hatinya.

ISTERI KE-3: MENIKAH LAGI

Si pedagang itu merasa sedih lalu bertanya pada isteri ke-3. "Aku pun
mencintaimu sepenuh hatiku dan saat ini hidupku akan berakhir. Mahukah engkau mengikutiku dan menemani hingga akhir hayatku?" Isterinya menjawab, "hidup
begitu indah di sini, aku akan menikah lagi jika kau mati". Bagai disambar petir di siang hari, si pedagang sangat terpukul dengan jawapan isteri ke-3 nya. Badannya terasa semakin sakit.

ISTERI KE-2: SAMPAI LIANG KUBUR

Kemudian ia memanggil isterinya yang ke-2. "Aku selalu berpaling kepadamu setiap kali aku mendapat masalah dan kau selalu membantuku sepenuh hati. Kini aku memerlukan sekali lagi bantuanmu. Kalau aku mati, mahukah engkau mendampingiku? " Jawab isteri ke-2 nya, "Maafkan aku, kali ini aku tak dapat menolongmu. Aku hanya dapat menghantarmu hingga ke liang kubur. Nanti akan kubuatkan makam yang indah untukmu." Si suami bagaikan disepak terajang. Hancur luluh hatinya.

ISTERI KE-1: SETIA BERSAMA SUAMI

Si pedagang ini merasa putus asa. Dalam keadaan kecewa itu, tiba-tiba terdengar suara, "Aku akan tinggal bersamamu dan menemanimu kemana-mana pun kau pergi. Aku tak akan meninggalkanmu, aku akan setia bersamamu. Lelaki itu lalu menoleh ke samping, dan mendapati isteri pertamanya di sana. Ia tampak begitu kurus. Badannya seperti orang kelaparan. Merasa menyesal, si pedagang lalu berkata, "Kalau lah aku
boleh merawatmu dengan baik disaat aku mampu, takkan kubiarkan engkau kurus seperti ini, isteriku."

HIDUP KITA DIWARNAI 4 ISTERI

Sesungguhnya, kita mempunyai 4 isteri dalam hidup ini. Isteri ke-4 adalah TUBUH BADAN kita. Seberapa banyak manapun waktu dan perhiasan yang kita keluarkan untuk tubuh kita supaya tampak indah dan gagah, namun semua ini akan hilang dalam suatu batas waktu dan ruang. Tak ada keindahan dan kegagahan yang tersisa saat kita menghadap kepada-Nya.

Isteri ke-3, STATUS SOSIAL DAN KEKAYAAN. Saat kita meninggal dunia, semuanya akan pergi kepada yang lain. Mereka akan berpindah dan melupakan kita yang pernah memilikinya. Sebesar apapun kedudukan kita dalam masyarakat dan sebanyak apapun harta kita, semua itu akan berpindah tangan dalam waktu seketika saja ketika kita tiada.

Sedangkan isteri ke-2, iaitu KAUM KERABAT DAN TEMAN. Seberapa dekat pun
hubungan kita dengan mereka, kita tak akan dapat terus bersama mereka. Hanya sampai liang kuburlah mereka menemani kita. Dan sesungguhnya isteri pertama kita adalah JIWA DAN AMAL KITA. Sebenarnya hanya jiwa dan amal kita sajalah yang mampu untuk terus setia mendampingi kemana pun kita melangkah. Hanya amal lah yang mampu menolong kita di akhirat kelak.

Jadi, selagi mampu dan mempunyai waktu, perlakukanlah jiwa kita dengan bijak serta jangan pernah malu untuk berbuat amal, memberikan pertolongan kepada sesama insan yang memerlukan. Betapa kecil pun bantuan kita, pemberian kita menjadi sangat bererti bagi mereka yang memerlukannya.

So, berhati-hati lah dalam anda memberikan layanan kepada keempat-empat isteri anda dan jangan lupa utamakan isteri pertama anda..

Wednesday, October 7, 2009

mencari....

Kadang- kadang perjuangan adalah
Sesuatu yang kita perlukan dalam hidup kita
Jika tuhan membiarkan kita hidup
Tanpa ranjau dan perjuangan
Kita mungkin akan jadi lemah dan tak tahan ujian
Kita mungkin tidak kuat untuk
Menghadapi rintangan bagi mencapai
Cita- cita dan harapan yang kita idamkan

Kita mungkin tidak akan pernah dapat `terbang' jauh.
Sesungguhnya Tuhan itu Maha Pengasih dan Maha Penyayang.

Kita memohan kekuatan dan keteguhan hati…
Dan Tuhan memberi kita dugaan dan ujian
Untuk membuat kita cekal dan kuat

Kita memohon kebijaksanaan…
Dan Tuhan memberi kita pelbagai persoalan hidup
Untuk diselesaikan agar kita bertambah bijaksana dan matang.

Kita memohon kemakmuran…
Dan Tuhan memberi kita akal dan tenaga
Untuk dipergunakan sepenuhnya bagi
Mencapai kemakmuran.

Kita memohon cinta…
Dan Tuhan memberi kita orang- orang bermasalah
Untuk diselamatkan dan dicintai.

Kita memohon kemurahan rezeki dan kebaikan hati…
Dan Tuhan memberi kita kesempatan – kesempatan yang silih berganti.

Begitulah cara Tuhan membimbing kita…
Adakah jika kita tidak memperoleh apa yang kita idamkan,
Bererti bahawa kita tidak mendapat segala yang kita inginkan?

Kadang- kadang Tuhan tidak memberi apa yang kita minta,
Tapi dengan pasti Tuham memberikan yang terbaik untuk kita,
Kebanyakan kita tidak dapat melihat hikmah disebaliknya,
Bahkan tidak mahu menerima rencana Tuhan,
Padahal itulah yang terbaik untuk kita.

Thursday, May 14, 2009

dalam renungan 'pokok kelapa'

bismillahirahmanirahim............

Masa sekolah rendah dulu teringat lagi, kene buat karangan pasal pokok kelapa.....
kene buat pasal kegunaan pokok kelapa.........
Allah ciptakan pokok kelapa dengan pelbagai kegunaan dari pelepahnya hingga ke akarnya....
mase dulu fikir yg pokok kelapa ni mmg banyk memberi manafaat kepada manusia
daripada daunnya boleh dibuat sarung ketupat...
lidinya boleh dibuat penyapu.....
buahnya.... subahnallah........ sedapnye.....
airnya bleh menjadi penawar dan penghilang kehausan....
santannya pelengkap masakan.....
batangnya boleh dibuat jambatan (walaupun skang da gune jambatan batu tp masih bermanafaat)
sabutnya boleh dibuat berus.......
tempurungnya bleh main tapak gajah (x penah main pun pemainan ni dgr org cakap je)
tapi sedarkah kita yang pokok kelapa sebenarnya bleh memberi kita tazkirah(khususnya diri saya).........


ye ke ape penjelasannye.......?

Cuba kita lihat dan fikirkan.... buahnya boleh luruh tanpa mengira muda atau tua.....
terfikirkah kita yang bahawasanya kejadian ini boleh menjadi reminder kepada kita yang kematian terlalu hampir dgn kita, bila2 masa saja & di mana berada sekalipun. Tua atau muda Allah berhak untuk menjemput kita. Bersedia kah kita sekiranya Allah memanggil kita dalam keadaan yang penuh dgn dosa2 yang belum dikikis. nauzubillah.......

Kita lihat pokok kelapa juga mempunyai pelepah yang kering dan mati akan digugurkan... disini kita perlu membuang semua faktor2 yang boleh menyebabkan hati kita mati daripada mengingati dan mencintai Allah dan RasulNya..
(ya Allah tunjukanlah kami jalan yang lurus dan jalan yg diredhaiMU)

Bila terlihat pada putik bunga kelapa yang jatuh berguguran, sedarkah kita yang kita tiada masa nak banyak berketawa dgn perkara2 yang kita sendiri sedar perkara tersebut x membawa faedah langsung....... tidak takutkah kita ketika Allah memrintahkan malaikat utk mencabut nyawa, kita tiada masa nak mengucap dan mengingatiNya. sedarkah kita jika kita banyak ketawa hati mudah mati, lalai dan alpa....
(ya Allah jaukanlah kami dari penyakit hati ini).....

segala yang tertulis ini adalah dikhususkan kepada diri saya untuk sentiasa mengingati Allah dan terus-menerus mencintaiNya tanpa rasa ragu2.... semoga ia juga dapat memberi sedikit peringatan kepada saudara/i pembaca......

Wednesday, March 25, 2009

final....

hari ni... dah hujung bulan mac........
tanpa disedari, final exam dah dekat....
eh.... biar betul aku rase baru je masuk sem 2 ni........ skarang dah nak final......
cepatnye masa berlalu..... sehingga aku tak sedar akan perjalanan masa yang tidak pernah menunggu manusia........
mungkin aku terlalu sibuk kot.......
atau adakah aku manusia yang telah digambarkan yang sentiasa dalam kerugian....
kalau nak di muhasabah diri sepanjang sem 2 ni..... adakah kesibukan yang aku lalui itu menjadikan Allah sebagai tuhan aku atau menjadikan dunia sebagai tuhan aku.....
bile aku buat robot, buat program, dan macam-macam lagi dapat ke menambah keimanan kepada Allah......? lu pikir la sendiri......
teringat pulak aku dengan surah al-'Asr:
demi masa, sesungguhnya manusia berada dalam kerugian, kecuali mereka yang berima dan mengerjakan kebajikan serta saling menasihati untuk kebenaran dan saling menasihati untuk kesabaran. (al-'asr 103:1-3)

so skarang study exam dah dekat........

Saturday, January 31, 2009

antara tarbiyah dan persatuan

isu ini pernah diutarakan oleh seorang ikhwah dari UKM.... tetapi saya sengaja membangkitkan isu yang sama kerana ramai yang keliru antara keutamaan tarbiyah dan persatuan, termasuk diri saya....

meletakkan tarbiyah sebagai keutamaan atau meletakkan persatuan sebagai keutamaan adalah bergantung kepad setiap individu.... ini bergantung kepada setakat mana pemahaman seseorang itu terhadap kepentingan tarbiyah dan berpesatuan.....

bagi saya menjalani proses tarbiyah itu adlah sesuatu keutamaan yang tiada kata duanya.... kerana dengan tarbiyah kita dapat membina diri diatas landasan yang betul. tetapi ada juga mulut-mulut yg mengatakan "ala dgn berpesatuan pun, kite bole bina diri....." memang betul jika berpesatuan boleh membina diri, tapi setakat mana pembinaan diri itu berada diatas jalan dan sumber yg sahih dapat membina diri yg betul-betul mantop.

"kalo berpesatuan tu bole membuahkan amal ke...?" satu soalan yg pernah diutarakan oleh seorang sahabat. jadi soalan ini ditinggalkan untuk diri pembaca sekalian pikirkan dan renungkan . kalo berpesatuan itu dapat melaksanakan tugas dan matlamat manusia diciptakan oleh Allah swt, seperti yg digariskan dalam al-Quran iaitu utk beribadah n menjadi khalifah di atas muka bumi, maka boleh saya katakan berpesatuan tidak akan menjadi halangan kepada kepada tarbiyah. yang boleh menjadikan masalah apabila berpesatuan menjadi halangan kepada tarbiyah untuk berjalan.... maka pikir-pikirkan.......