Thursday, May 14, 2009

dalam renungan 'pokok kelapa'

bismillahirahmanirahim............

Masa sekolah rendah dulu teringat lagi, kene buat karangan pasal pokok kelapa.....
kene buat pasal kegunaan pokok kelapa.........
Allah ciptakan pokok kelapa dengan pelbagai kegunaan dari pelepahnya hingga ke akarnya....
mase dulu fikir yg pokok kelapa ni mmg banyk memberi manafaat kepada manusia
daripada daunnya boleh dibuat sarung ketupat...
lidinya boleh dibuat penyapu.....
buahnya.... subahnallah........ sedapnye.....
airnya bleh menjadi penawar dan penghilang kehausan....
santannya pelengkap masakan.....
batangnya boleh dibuat jambatan (walaupun skang da gune jambatan batu tp masih bermanafaat)
sabutnya boleh dibuat berus.......
tempurungnya bleh main tapak gajah (x penah main pun pemainan ni dgr org cakap je)
tapi sedarkah kita yang pokok kelapa sebenarnya bleh memberi kita tazkirah(khususnya diri saya).........


ye ke ape penjelasannye.......?

Cuba kita lihat dan fikirkan.... buahnya boleh luruh tanpa mengira muda atau tua.....
terfikirkah kita yang bahawasanya kejadian ini boleh menjadi reminder kepada kita yang kematian terlalu hampir dgn kita, bila2 masa saja & di mana berada sekalipun. Tua atau muda Allah berhak untuk menjemput kita. Bersedia kah kita sekiranya Allah memanggil kita dalam keadaan yang penuh dgn dosa2 yang belum dikikis. nauzubillah.......

Kita lihat pokok kelapa juga mempunyai pelepah yang kering dan mati akan digugurkan... disini kita perlu membuang semua faktor2 yang boleh menyebabkan hati kita mati daripada mengingati dan mencintai Allah dan RasulNya..
(ya Allah tunjukanlah kami jalan yang lurus dan jalan yg diredhaiMU)

Bila terlihat pada putik bunga kelapa yang jatuh berguguran, sedarkah kita yang kita tiada masa nak banyak berketawa dgn perkara2 yang kita sendiri sedar perkara tersebut x membawa faedah langsung....... tidak takutkah kita ketika Allah memrintahkan malaikat utk mencabut nyawa, kita tiada masa nak mengucap dan mengingatiNya. sedarkah kita jika kita banyak ketawa hati mudah mati, lalai dan alpa....
(ya Allah jaukanlah kami dari penyakit hati ini).....

segala yang tertulis ini adalah dikhususkan kepada diri saya untuk sentiasa mengingati Allah dan terus-menerus mencintaiNya tanpa rasa ragu2.... semoga ia juga dapat memberi sedikit peringatan kepada saudara/i pembaca......

Wednesday, March 25, 2009

final....

hari ni... dah hujung bulan mac........
tanpa disedari, final exam dah dekat....
eh.... biar betul aku rase baru je masuk sem 2 ni........ skarang dah nak final......
cepatnye masa berlalu..... sehingga aku tak sedar akan perjalanan masa yang tidak pernah menunggu manusia........
mungkin aku terlalu sibuk kot.......
atau adakah aku manusia yang telah digambarkan yang sentiasa dalam kerugian....
kalau nak di muhasabah diri sepanjang sem 2 ni..... adakah kesibukan yang aku lalui itu menjadikan Allah sebagai tuhan aku atau menjadikan dunia sebagai tuhan aku.....
bile aku buat robot, buat program, dan macam-macam lagi dapat ke menambah keimanan kepada Allah......? lu pikir la sendiri......
teringat pulak aku dengan surah al-'Asr:
demi masa, sesungguhnya manusia berada dalam kerugian, kecuali mereka yang berima dan mengerjakan kebajikan serta saling menasihati untuk kebenaran dan saling menasihati untuk kesabaran. (al-'asr 103:1-3)

so skarang study exam dah dekat........

Saturday, January 31, 2009

antara tarbiyah dan persatuan

isu ini pernah diutarakan oleh seorang ikhwah dari UKM.... tetapi saya sengaja membangkitkan isu yang sama kerana ramai yang keliru antara keutamaan tarbiyah dan persatuan, termasuk diri saya....

meletakkan tarbiyah sebagai keutamaan atau meletakkan persatuan sebagai keutamaan adalah bergantung kepad setiap individu.... ini bergantung kepada setakat mana pemahaman seseorang itu terhadap kepentingan tarbiyah dan berpesatuan.....

bagi saya menjalani proses tarbiyah itu adlah sesuatu keutamaan yang tiada kata duanya.... kerana dengan tarbiyah kita dapat membina diri diatas landasan yang betul. tetapi ada juga mulut-mulut yg mengatakan "ala dgn berpesatuan pun, kite bole bina diri....." memang betul jika berpesatuan boleh membina diri, tapi setakat mana pembinaan diri itu berada diatas jalan dan sumber yg sahih dapat membina diri yg betul-betul mantop.

"kalo berpesatuan tu bole membuahkan amal ke...?" satu soalan yg pernah diutarakan oleh seorang sahabat. jadi soalan ini ditinggalkan untuk diri pembaca sekalian pikirkan dan renungkan . kalo berpesatuan itu dapat melaksanakan tugas dan matlamat manusia diciptakan oleh Allah swt, seperti yg digariskan dalam al-Quran iaitu utk beribadah n menjadi khalifah di atas muka bumi, maka boleh saya katakan berpesatuan tidak akan menjadi halangan kepada kepada tarbiyah. yang boleh menjadikan masalah apabila berpesatuan menjadi halangan kepada tarbiyah untuk berjalan.... maka pikir-pikirkan.......

Sunday, November 16, 2008

alhamdulillah.........

syukur ari ni ari kedua rehat after kem yang panjang............
name kem yg ana pergi kem kepimpinan aspirasi jati putra kolej 10... kire2 utk jadi mtm(majlis tertinggi mahasiswa) la.......... tapi anabukannye nak jadi mtm ana nak jadi fesi utk junior tahun depan.......boleh tarik anak usrah...........
is quiet a taugh kem..........
kem yg sangat mencabar mental and physical.........
totally tidur mmg x cukup sehari x sampai 2 jam tido........
aktiviti mmg mantap....... hari petama je petang aktiviti LDK n pasang kemah......
lepas tu tgh malam tu ade night walk n jgn pandang belakang.....
night walktu ok lagi...... yg mencabarnye jgn pandang belakang........
aktivitinye dia bagi lilin lepas tu berjalan jaga lilin jgn sampai padam........
dalamperjalanan tu diorg menyamar jadi hantu...... mulenye antu pocong duduk kat pondok.....
mase tu ana x kisah sgt ana buat x tau je........ dlam 50 meter lepas tu antu org asli patah tengkuk n kaki tempang pulak kaco ana yg tua ana terkejut sikit......sbb dlm hutan kan terrkejut la jugak tibe2 je antu org asli dtg, ana ingat yg betol2...... lepas tu terkantoi ade fasi tgh duduk dlm semak...... ana jln lagi n ana jumpe askar meragkak dkt tgh jalan ana pun buat x tau je tibe2 ade fasi sergah ana...... anapun terkejut la.....terus bersilat kat situ belasah fasi yg sergah ana...... ana melepaskan satu tendangan nasib baik dia cepat2 cakap dia fesi kalo x ana x tau ape dah jadi dgn diorang..........ari esoknye mmg penoh aktiviti malamtu operasi burung antu pulak ana ditempatkan dlm hutan berseorangan lame la jugak, ana kesejukkan dlm tu...... lepas tu ade kejadian seorg perserta hilang dlm hutan..... habis kitorang kene marah mlm tu...... rupe2nye itu perancangan fasi yg nak kenekan kitorang...... esoknye aktiviti penoh sepanjang hari n ptg tu aktiviti survivor...... dari ptg sampai esok tgh ari..... mase aktiviti survivor tu mmg mencabar dgn bekalan peralatan yg dibekalkan mmg limit..... tibe2 mlm tu fasi dtg amik kemah kitorang dgn perancangan diorg nak buat war game..... mlm tummg x tido berjaga supaya x ditawan puas menuggu serangan gerila akhirnya diorg serang waktu suboh.... dgn mudahnye kitorg ditawan dendenya kene rendam dlm sungai waktu tu jgk.... peh mmg x tahan........
tapi sepanjag kem ni mcm2 ana dapat utk mempebaharui diri ana utk menjadi sorg pemimpin.......yg hebat dgn kata "pemimpin yg menyerlah jauh dari yg biasa" ana harap dpt menaikkan islam kembali menjadi "world order" bi Idznillah..........

Sunday, November 9, 2008

bermula..........

assalamualaikum......................
alhamdulillah syukur kehadrat Allah s.w.t krn telah memberi peluang kpd ana utk terus hidup utk ari ni........ memberi peluang utk ana menukilkan sesuatu diruangan ini.........

hari ini hari yg akag letih dan memenatkan tapi seronok.........ana baru saja lepas selesai prgm "Mukhayyam" atau perkemahan.......... buat kali pertamanya ana mendaki gunung.... wah..... banyak pengalaman yg perolehi.... nak cerita mmg panjang berjela2..... takut nanti tangan ana kejang nak type pengalaman ana kat blog ni........

tapi nak kongsi matlamat prgm ini is utk "taffakur alam" kalo ade mase akn diceritakan...............